E-Kamus-Malaysia

Saturday, September 02, 2006

Pizza Mozzarella


Akhir-akhir ni dok teringat dan teringin sangat kat pizza di Malaysia. Dok terbayang Pizza Hut, Shakeys, dan Domino. Oleh kerana dah terlampau kempunan ngan pizza ni Ina pun mencari resipi dalam internet yang boleh dicuba pakai. Cari punya cari jumpalah satu resipi yang boleh dianggap mudah. Bila semua bahan yang digunakan tersedia Ina pun mengulilah bahan-bahan tadi. Selepas sampai tahap terakhir maka wujudlah Pizza Mozzarella kami. Bila dah siap tu apalagi kami pun makan dengan lahapnya. Sedapnya tak terhingga (he he he, sendiri angkat bakul)...Lain kali nak cuba resipi yang lain lak.

Hari Kemerdekaan Ke - 49


Tanggal 31 Ogos 2006 (Khamis) maka genaplah kemerdekaan Malaysia yang ke 49. Kami bebudak ABK yang kat Jepun ni pun tak ketinggalan nak merayakan peristiwa yang bersejarah ni dengan mengadakan jamuan makan-makan bersama sensei dan juga kawan-kawan dari negara yang lain. Pelbagai juadah telah dibawa oleh kawan-kawan, ada yang berat dan ada juga yang ringan. Bila dihimpunkan yang berat dan ringan tu maka penuhlah meja hidangan kami. Menitis-nitis air liur kami bila tengok hidangan yang tersedia untuk diNGAP pada bila-bila masa. Selepas ucapan pendek oleh kawan kami Mahil maka kami pun segeralah menyerbu makanan yang kami bawa tu. Sedapnya tak terkata...Sekali tambah belum cukup, sekurang-kurangnya 4 kali tambah baru tamat istilah makan. He he he. Sambil berborak-borak dengan sensei tentang pelbagai masakan Malaysia, kami juga bergambar bersama dengan diiringi bendera Malaysia yang kami cintai. Yaaa... Malaysia Boleh.

Friday, August 11, 2006

Bacaan Yassin dan Solat Hajat

Hari Isnin yang lalu (5 Ogos 2006) seluruh penduduk Green Heights telah mengadakan bacaan yassin dan solat sunat hajat. Tujuan ia diadakan bagi meraikan tujuh orang rakan yang akan berpindah dari Ichikawaono ke Beppu (3 orang), Kochi (seorang) dan juga Hiroshima (3 orang). Kami semua berharap Allah akan melindungi dan memudahkan perjalanan mereka yang telah dirancang selama ini. Majlis ini telah diketuai oleh Imam Masjid Asakusa dan selepas itu diadakan sedikit jamuan makan-makan yang disediakan oleh surirumah-surirumah Green Heights. Antara juadah yang disediakan adalah bihun sup, mee goreng dan 2-3 jenis kuih muih. Berselera kami malam tu, he he he. Apapun diucapkan selamat berpindah dan selamat maju jaya kepada rakan-rakan yang akan berpindah.

Sunday, August 06, 2006

爆竹 - Firecracker In Myoden



Malam tadi (5 Ogos 2006) kami semua penghuni Green Height telah mengadakan jamuan makan-makan di Myoden sambil tu melihat pertunjukan bungapi. Bagi kami (yang baru sampai April 2006) sebagai orang baru kat sini memang la "perak" sikit bila tengok ramai orang yang dok bersidai di tepi tebing sungai sambil menjamu selera (BBQ). Pertunjukan bungapi tu bermula pukul 7.15 malam dan berakhir pada pukul 8.15 malam. Dalam tempoh sejam tu bermacam-macam jenis dan kaler bungapi yang kami tengok. Mula-mula mulut kami ternganga pastu pakat tertutup habis sebab lama sangat. Kalu di Mesia pasti tak puas sebab pertunjukan bungapi hanya dalam tempoh 10 ke 15 minit saja. Jadi kami semua yang pegi tengok tu rasa ia amat berbaloi walaupun letih dan panas. He he he.

Saturday, August 05, 2006

What Is HYIP

HYIP stands for High Yield Investment Program. HYIPs are purported investment programs normally offered via the Internet. HYIPs typically accept investments of $100 or less while promising high returns. The introduction of e-currencies such as e-gold and StormPay (although almost all HYIPs do not use StormPay as of February 2006, see StormPay article for why) has made it easy for HYIPs to operate across international boundaries, and to accept large numbers of small investments. No HYIP has, as yet, survived for very long without turning out to be a scam. Scam HYIPs are Ponzi schemes, in which new investors (usually unwittingly) provide the cash to pay a profit to existing investors, which they could then withdraw leaving nothing to pay the new investor. More...


Saturday, July 29, 2006

Menyambut Emak di Narita Airport



Hampir 8.10 minit malam (29 Julai 2006), kami sampai di Narita Airport. Emak tercangak-cangak menanti kehadiran kami yang tak kunjung tiba. Penuh sarat kami nampak troli mak dari jauh sambil tu dua shot gambar mak dalam keadaan tercangak-tercangak diambil. Kasi candid sket. He he he. Kami sememangnya lewat sebab menanti jiran kami Suaidi yang balik dari kelas tetapi bergegas dengan kami ke airport lak. Terima kasih banyak-banyak Suaidi. Hanya Allah dapat membalas. Dalam kete tu mak tak habis-habis bercerita kat Ina tentang 'experience' disepanjang perjalananan tadi. Macam-macam kisah dari Mesia juga hangat diceritakan. He he he. Malam tadi jugak di kediaman Green Heights ada perbincangan bagi melantik Tok Penghulu tapi kami berdua (saya dan Suaidi) selaku kepala rumah tak dapat menghadirkan diri. Haaa...malam ni (29 Julai) lak katanya ada pesta bunga api besar-besaran di Asakusa. Di Jepun ni bagi sepanjang bulan Julai dan Ogos akan diadakan Pesta Hanabi (bunga api) besar-besaran berdasarkan tarikh dan lokasi yang berbeza. Oleh itu, ramai rakyat jelata Jepun dan kaum pendatang macam kami ni yang turun menyaksikan pesta tersebut.

Wednesday, July 26, 2006

Emak Melawat Kami

Dah lebih kurang tiga minggu mak balik ke Malaysia setelah tempoh visa mak selama 3 bulan kat Jepun tamat. Tapi pada 28 Julai 2006 ni mak kembali ke Jepun bagi melihat cucu serta anaknya yang ditinggalkan 3 minggu lalu. Ina seronok tak terhingga kerana dapat bermanja-manja balik dengan maknya terutama dengan roti canai kegemarannya. Mak pasti tak lupa untuk menguli roti canai pada tiap-tiap hari kerana ada pelanggan setia yang pasti menghabiskan stok roti canai. He he he. Haziq pun terasa kehlangan wan nya dalam tempoh tu. Selamat kembali ke bumi Nihonnnn mak...

夏休日 - Cuti Musim Panas

Setelah penat berulang-alik ke ABK (sekolah nihongo kami) selama hampir 4 bulan akhirnya tibalah percutian musim panas yang dinantikan selama 3 minggu bermula dari 26 Julai hingga 15 Ogos ni. Dalam kepala ni ligat dok pikir tempat-tempat menarik yang boleh dilawati kat Jepun ni. Kawan-kawan bujang yang seABK 3 orang dah selamat balik ke Mesia berjumpa sahabat handai dan sanak saudara. Kami lak yang dah berkeluarga ni kuranglah sikit rasa homesick. Ye laa, anak dan isteri depan mata la katakan. Kalau mereka tak dak kat sini, mesti dah tak sabar nak lari balik gak.He he he. Apapun nanti bila dah gi jalan nanti bolehlah upload dalam blog ni lagi. Babai.

期末試験 - Ooki Tesuto

Pada 24 dan 25 Julai 2006 lepas kami kena amik ooki tesuto. Haa...maknanya yang paling besaq la. So, pada 24 Julai tu paginya kami buat test lesson 22 dan lepas tu petangnya lak kami test lesson 18 sampai 22. Perghh!!! Macam nak pecah kapla kami semua. He he he, tapi takpe dengan menggunakan skil dan teknik yang sukar digambarkan oleh mana-mana manusia maka dapatlah kami menjawab test tu dengan jayanya. Kami semua memang tension gila tapi ada 2-3 orang kawan kami yang dah tak kisah dah sebab seronok sakan nak balik ke Mesia esoknya. Tersenyum memanjang yang buat kami pun risau gak. Apa nak jadi pun jadilah katanya...He he he. Macam-macam. Yang satu lagi test lak merangkumi overall lesson yang kami belajar dari bab 1 sampai 22 pada 25 Julai. Haa...yang ni pun buat sakit kepala gak. Diorang ni yang buat test ni dah bahagi-bahagikan kepada empat jenis peperiksaan. Satu kena buat test grammar, kedua kena buat test listening, ketiga kena buat test comprehension dan yang last sekali kotoba. Walaumacam manapun kami pulun sehabis mungkin sebab tak nak kena buat lagi atau yang famous disebut kat sini moichi dou. He he he.

Saturday, July 08, 2006

Lawatan ke Fujiyama

Pada 7 dan hb Julai 2006, ABK telah menganjurkan suatu lawatan beramai-ramai pelajar ABK ke Gunung Fuji. Jumaat pagi, semua pelajar kena berhimpun depan ABK dalam pukul 8.00. Bila semua pelajar dah berkumpul kami pun memulakan perjalanan ke Fujiyama. Kami pi ke sana dengan menaiki bas. Sampai saja kat sana pelbagai aktiviti yang dirancang telah dijalankan seperti memanjat gunung, mengembara ke air terjun, segala macam jenis sukan dan juga persembahan oleh tiap-tiap kelas.

Bahan Kajian Pelajar Yokohama Daigaku



Pada Rabu petang lepas (5hb Julai 2006) ada empat orang pelajar Universiti Yokohama mai ke kelas kami. Diaorang ni datang dengan tujuan untuk mengedarkan borang soalselidik kepada kami bagi mendapatkan pandangan dan komen. Borang tu mengandungi soalan berkaitan dengan perspektif kami terhadap golongan muda dan dewasa orang Jepun. Kami apalagi pakat balun cakap Jepun sehabis-habisnya. He he he. Kadang-kadang tu tambah sikit dengan Eigo. Walaubagaimanapun...kami seronok dapat meluahkan pandangan kami mengenai keadaan sebenar masyarakat. Budak-budak U tu pun mungkin ya atau tak diaorang tu amik pandangan kami. Yang penting kami hepiiiiiii...Yahoooo!!!